Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Ekuin UMT Sesi 2013/ 2104
Pada 17 Mei 2014, Kelab Ekuin UMT telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan bertempat di Dewan Pelajar, Kompleks Siswa. Majlis bermula pada pukul 10.00 pagi dan dihadiri oleh Penasihat Kelab Ekuin UMT, En Shaiful Azahari b. Abd Manan, Wakil MPP, saudara Muhammad Khairul Nizam, MT dan Exco Kelab Ekuin serta ahli kelab ekuin.
Md Edzmeer mengetuai bacaan doa dan seterusnya pengarah pogram menyampaikan ucapan alu-aluan. Presiden Kelab Ekuin UMT dijemput menyampaikan ucapan sebelum Penasihat Kelab Ekuin UMT membubarkan MT dan Exco Kelab Ekuin UMT sesi 2013/2014. Laporan aktiviti Kelab sepanjang sesi 2013/2014 dibentangkan oleh setiausaha, Yuliana binti Yusof manakala belanjawan kelab dibentangkan oleh bendahari, Nur Nabilah.
Selepas itu, presiden baru Kelab Ekuin UMT dijemput untuk menyampaikan ucapannya dan memperkenalkan barisan MT dan Exco Kelab Ekuin UMT sesi 2014/2015. Pelantikan MT dan Exco yang baru dibuat secara undian semasa Mesyurat MT dan Exco yang telah diadakan pada 8 Mei 2014 yang lalu. Penyampaian sijil telah disempurnakan oleh penasihat Kelab Ekuin UMT kepada MT dan Exco dan seterusnya montaj video dipertontonkan untuk tatapan hadirin yang hadir. Majlis tamat pada pukul 1 tengah hari dan hadirin dijemput menikmati jamuan yang disediakan.
MT dan Exco baru Kelab Ekuin UMT sesi 2014/2015
Bakti Siswa Terapi Berkuda Untuk Orang Kurang Upaya
Pada 19 April 2014, Kelab Ekuin UMT telah mengadakan Program
Bakti Siswa Terapi Berkuda Untuk Orang Kurang Upaya bertempat di Terengganu
Equestrian Resort . Program ini mendapat kerjasama Kelab Pengurusan Kaunseling
UMT (PEKA) dan Persatuan Pembangunan Orang Kurang Upaya Anggota Terengganu
(POKUAT). Objektif program ini adalah untuk memberi peluang dan membantu orang
kurang upaya menjalankan aktiviti terapi berkuda sebagai proses pemulihan
kecacatan yang mereka alami. Terapi berkuda merupakan sukan ataupun latihan
fisioterapi yang bagus untuk golongan orang kurang upaya. Ini kerana setiap
manusia perlu membuat pergerakan badan bagi membetulkan organ dalaman yang
bermasalah. Keistimewaan kuda yang mempunyai lengkok pada belakang badannya itu
berkesan dalam membantu memperbaiki pertumbuhan otot serta saraf secara
semulajadi. Kuda merupakan haiwan cerdik yang tahu siapa penunggangnya. Jadi
secara tidak langsung, ia memudahkan lagi proses terapi dijalankan memandangkan kuda memiliki daya sensitiviti yang
lebih terhadap golongan tersebut. Bagi setiap 10 minit terapi kira-kira 1000
otot penunggang dapat digerakkan. Penunggang disuruh membelai kuda tersebut
sebelum terapi bermula bagi mewujudkan hubungan unik antara kuda dang
penunggang yang menimbulkan perasaan percaya dan memastikan kuda tersebut kenal
akan orang yang menunggangnya sekaligus mengelakkan kuda berasa terancam.
Seramai 17 ahli Kelab Ekuin UMT dan 11 orang kurang upaya dari sekitar Kuala Terengganu yang berdaftar dengan POKUAT menyertai program ini dan dibantu oleh pengajar RDA Terengganu Equestrian Resort. Program ini bermula pada pukul 9 pagi dengan taklimat terapi berkuda untuk orang kurang upaya dan keselamatan oleh pengajar RDA TER iaitu En Halim dan En Rizwan supaya proses terapi berkuda berjalan dengan lancar. Selepas selesai taklimat terapi berkuda, orang kurang upaya yang hadir menjalankan aktiviti berkuda dengan dibantu oleh ahli Kelab Ekuin UMT. Setiap orang kurang upaya dibantu oleh tiga ahli kelab ekuin UMT secara bergilir-gilir melakukan terapi berkuda mengelilingi arena TER dengan pengawasan pengajar RDA Terengganu Equestrian Resort.
Semasa sesi terapi berkuda dijalankan, orang kurang upaya akan diiringi sekurang-kurangnya empat orang pembantu yang yang mempunyai peranan masing-masing. Jurulatih akan berada ditengah-tengah kandang dan berperanan untuk memberi arahan sepanjang proses terapi manakala ketua yang berada dibahagian kepala kuda bertugas mengawal pergerakan kuda menggunakan tali. Sementara itu, dua orang pembantu yang berada di kedudukan kiri dan kanan kuda pula ditugaskan menjaga keseimbangan orang kurang upaya selain memastikan mereka mereka mengikut arahan.
Terapi berkuda untuk orang kurang upaya selesai kira-kira pada pukul 11 pagi dan semua peserta berehat dan menikmati makan pagi yang telah disediakan. Aktiviti seterusnya ialah horse riding yang dilakukan oleh setiap ahli kelab Ekuin UMT secara bergilir-gilir selepas semua peserta selesai makan pagi kira-kira pukul 11.30 pagi. Dalam terapi berkuda, aspek keselamatan dititikberatkan. Setiap penunggang wajib memakai topi keselamatan yang disediakan. Ahli Kelab Ekuin UMT berpeluang mempelajari teknik menunggang kuda yang betul dan aktiviti sememangnya bermanfaat untuk penunggang dan orang kurang upaya. Program ini tamat kira-kira pukul 1 tengah hari selepas penyampaian cenderahati kepada wakil Terengganu Equestrian Resort (TER) dan Persatuan Orang Kurang Upaya Anggota Terengganu (POKUAT).

Peserta orang kurang upaya dibantu untuk menjalani aktiviti terapi berkuda
Aktiviti horse riding
Sesi Kaunseling dan temuramah peserta terapi berkuda
Pengarah pogram Terapi berkuda untuk orang kurang upaya menyampaikan cenderahati kepada wakil Terengganu Equestrian Resort
Presiden Kelab Ekuin UMT meyampaikan cenderahati kepada Presiden POKUAT, En Fakhruddin bin Zakaria.
Subscribe to:
Posts (Atom)