Selamat Hari Raya Aidiladha dan Selamat Bercuti


Indah langit kerana awan, Indah laut kerana kebiruan, 
Indah aidilfitri kerana kemaafan, Indah aidiladha kerana pengorbanan... :)

**salam aidiladha dr Kelab Ekuin UMT**

Lawatan ke TIEP



         Pada 20 Oktober 2012, Kelab Ekuin UMT telah mengadakan lawatan ke Terengganu International Endurance Park (TIEP) sempena Sultan Mizan Cup 2012. TIEP terletak di Lembah Bidong Setiu kira-kira 40km dari Kuala Terengganu. Ahli kelab Ekuin yang menyertai lawatan ini ialah sebanyak 18orang. Peserta lawatan berkumpul di dataran kompleks sukan pada pukul 7.30 pagi dan bas bertolak ke TIEP pada pukul 8pagi. Cuaca pada hari itu sangat baik walaupun diramalkan hujan lebat selama seminggu berturut-turut menandakan musim tengkujuh telah tiba tidak mematahkan semangat ahli kelab yang menyertai lawatan ini. Namun cuaca pada hari tersebut amat baik sekali. Rombongan lawatan tiba di TIEP kira-kira 8.45pagi. Cg Zuki yang telah berada di sana menanti ketibaan rombongan kami dan selepas itu Cg Zuki memberi taklimat mengenai acara kejohanan kuda lasak. Peserta lawatan bersarapan bersama menikmati nasi goreng dan air teh 'o' yang telah disediakan sebelum melawat tempat di sekitar TIEP. Acara-acara yang diadakan semasa Sultan Mizan Cup ialah Speed Race, Barrel Race, Flag Race, Treasure Hunt, Kuda Cantik, Jumping dan Dressage.  





Kejohanan Kuda lasak Sultan Mizan Cup dianjurkan kerajaan negeri Terengganu dengan kerjasama Royal Terengganu Endurance Stable (RTES) selama tiga hari. Seramai 52 peserta menyertai kejohanan ini. Selain peserta tempatan, kejohanan ini disertai peserta dari beberapa negara luar termasuk Thailand, Indonesia dan Myanmar . 



Pintu gerbang Terengganu International Endurance Park

Cg Zuki memberi taklimat dan penerangan mengenai acara Sultan Mizan Cup

Peserta lawatan menikmati sarapan pagi sebelum melawat sekitar TIEP


PRE VET INSPECTION

Acara-acara yang diadakan semasa Sultan Mizan Cup ialah Speed Race, Barrel Race, Flag Race, Treasure Hunt, Kuda Cantik, Jumping dan Dressage.


Sesi weighing.  Cg Zuki sedang menimbang berat badan bersama peralatan.

Ahli Kelab Ekuin UMT bergambar bersama peserta daripada Thailand



Latihan Berkuda III

      Suasana pagi di tempat latihan berkuda yang berdekatan Pantai Tok Jembal begitu tenang dan damai sekali. Sesi latihan berkuda sesi pagi bermula pukul 8pagi seperti biasa. Sebelum latihan, Cg Zuki memberi penerangan tentang tentatif perlumbaan kuda lasak yang akan diadakan selama 3hari di TIEP pada  minggu hadapan. Kelab Ekuin UMT akan mengadakan lawatan ke Terengganu International Endurance Park (TIEP) pada 20/10/2012 ini. Cg Zuki mempelawa kelab kita untuk sama-sama terlibat dalam pertandingan Kuda Cantik. Semasa sesi latihan berkuda, Cg Zuki tegas menegur ahli-ahli kelab yang melakukan kesilapan yang sama dan mengabaikan aspek keselamatan. Ahli-ahli kelab bergilir-gilir menunggang kuda dan memperbaiki teknik masing2 semasa menunggang kuda. Sesi latihan berkuda tamat kira-kira 11pagi.

Izah dan Cg Zuki memantau ahli-ahli kelab ketika latihan berkuda

Raje Syah menunjukkan kemahirannya menunggang kuda

Zulshaffikka gigih berlatih bersama kudanya

Lagak Zorro oleh Cg Zuki 

Ahli-ahli kelab berehat selepas selesai latihan berkuda




Latihan Berkuda II

Assalamualaikum..

           Sesi latihan berkuda semalam telah diadakan seperti biasa. Satu sesi pagi dan satu sesi petang. Tapi ahli-ahli kelab perlu hadir ke perjumpaan pada hari khamis (malam) untuk mendaftar nama samaada untuk join sesi pagi atau sesi petang. Pembayaran latihan berkuda dibuat pada malam itu juga supaya latihan berkuda pada keesokan hari berjalan lancar dan menjimatkan masa. Presiden kelab, Fikri tidak dapat menyertai latihan berkuda pada minggu kedua ini kerana demam. Seperti biasa bas UMT akan membawa ahli-ahli kelab  ke tempat latihan kuda di Pantai Tok Jembal. Hanya bas kecil yang digunakan semalam kerana jumlah ahli kelab untuk setiap sesi tidak melebihi 25orang. Cg Zuki membahagikan ahli kelab kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama untuk ahli kelab yang sudah boleh mengendalikan kuda dan kumpulan kedua untuk ahli kelab yang belum pandai mengendalikan kuda dan tidak datang pada minggu pertama. Semua ahli-ahli kelab kelihatan gembira dan teruja untuk mendekati kuda. Ada ahli kelab yang jatuh semasa hendak turun daripada kuda tetapi tiada kecederaan dialami. Ahli-ahli kelab diingatkan supaya mematuhi arahan cikgu dan mengutamakan aspek-aspek keselamatan semasa berada di tempat latihan.


Ahli-ahli kelab menunggu giliran untuk menunggang kuda

Aruan sedang membaca buku penjagaan kuda

Izzah dan Didi berkongsi pengalaman dengan ahli-ahli baru.

Nurul Izzah bte Marzilaini -Timbalan Presiden 1-

Haziq sudah boleh mengendalikan kuda dengan baik.

Cg Zuki menunjukkan teknik-teknik duduk diatas saddle dengan betul.

>> Klik untuk melihat gambar-gambar latihan berkuda minggu kedua