Latihan Berkuda 1

Latihan Berkuda pertama untuk sesi 2013/2104 telah bermula pada 27/9/2013.2 sesi latihan diadakan iaitu pada sebelah pagi dan petang di Stable Pantai Tok Jembal. Sesi pagi bermula pada pukul 8 disertai oleh 21 ahli Kelab Ekuin UMT. Jurulatih ekuin, Cg Zuki memberikan taklimat tentang penjagaan dan pemasangan kuda sebelum ahli baru kelab diberi peluang menaiki kuda.Hujan yang turun sedikit membantut sesi latihan berkuda tetapi latihan disambung semula selepas hujan.

Sesi berkuda sebelah petang pula disertai oleh 23 ahli Kelab Ekuin yang kebanyakannya ahli kelab yang lama. Ahli Kelab yang lama diberi peluang untuk berlatih menunggang kuda sementara Cg Zuki memberi
taklimat penjagaan kuda ahli kelab yang baru. Cara tunggangan yang betul dan keselamatan semasa menunggang kuda diberi penekanan pada minggu tersebut. Ahli-ahli baru sangat komited semasa sesi latihan dan mereka berjaya mempelajari cara menunggang kuda dengan cepat. Latihan berkuda pada sesi petang tamat kira-kira pada pukul 7petang. 


Cg Zuki memberi penerangan tentang penjagaan kuda.
















Pendaftaran Ahli Baru Kelab Ekuin UMT Sesi 2013/2014

                   Pada 19 September 2013 telah diadakan pendaftaran ahli baru Kelab Ekuin UMT. Kaunter pendaftaran dibuka pada pukul 9malam bertempat di Kafe Kolej Kediaman Sheikh Abdul Malik. Pelajar yang berminat menyertai Kelab Ekuin UMT dikehendaki mengisi borang pendaftaran dan penyertaan terbuka kepada 40 pelajar UMT. Pendaftaran pada hari itu mendapat sambutan yang hangat daripada pelajar dan kaunter telah ditutup pada pukul 9.45malam setelah 40pelajar yang terawal selesai membuat pendaftran. Terdapat pelajar yang berminat menyertai Kelab Ekuin UMT tidak berkesempatan membuat pendaftaran pada hari tersebut atas sebab-sebab tertentu. Kelab Ekuin UMT membuka pendaftaran secara online kepada ahli kelab yang lama yang berminat untuk renew keahlian mereka. Barisan kepimpinan kelab juga telah membuat pemilihan untuk beberapa jawatan organisasi kelab seperti Timbalan Setiausaha, Timbalan bendahari, Kapten II, Timbalan Exco publisiti, Timbalan Exco Kebajikan, Timbalan Exco Protokol, dan Timbalan Exco Perhubungan Korporat. Pemilihan tersebut diadakan semasa perjumpaan pertama Kelab Ekuin UMT. Semua MT dan Exco juga telah diperkenalkan kepada ahli-ahli Kelab yang hadir. Buku Kemahiran Asas Penjagaan Kuda diedarkan kepada ahli Kelab yang baru untuk pengetahuan dan rujukan mengenai kuda sebelum mereka menyertai latihan berkuda yang akan diadakan nanti. 


Struktur Organisasi Kelab Ekuin UMT 2013/2014