Selamat Bercuti


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Final Exam dah habis dan sekarang cuti semester telah bermula. Semoga semua selamat pulang ke kampung halaman masing-masing. Cuti semester yang panjang kira-kira hampir tiga bulan hendaklah kite manfaatkannya sepenuhnya. Inilah masa kite untuk bersama dengan keluarga, melancong, join aktiviti amal dan mungkin melakukan kerja part-time untuk tambah duit simpanan. Semoga berjumpa lagi di semester hadapan dan selamat menjalani latihan industri kepada pelajar tahun akhir serta tahniah kepada yang telah graduat dan akan konvo  tidak lama lagi. 

Selamat Bercuti 
Dari Barisan kepimpinan Kelan Ekuin UMT.

AGM Kelab Ekuin UMT Sesi 2012/2013

        Annual Grand Meeting (AGM) dan Pemilihan exco baru Kelab Ekuin UMT telah diadakan pada 2 Jun 2013 bertempat di Dewan Pelajar, Kompleks Siswa. Majlis bermula pada pukul 2.30 petang dihadiri oleh Cik Norhaniza sbg wakil Penasihat Kelab, Muhamad Noor Talhah sebagai wakil MPP, MT dan exco serta ahli-ahli kelab Ekuin UMT. Md Edzmeer mengetuai bacaan doa pembuka majlis dan seterusnya Presiden Kelab, Tengku Muhamad Khairul Fikri memberikan ucapan pendahuluan. Cik Norhaniza memberikan ucapan seterusnya dan membubarkan MT dan exco kelab ekuin sesi 2012/2013. Dalam ucapannya dia menyampaikan pesanan Penasihat Kelab untuk melihat pencapaian kelab semakin meningkat dan berjaya pada MAKEP akan datang. Aktiviti sepanjang sesi 2012/2013 dibentangkan setiausaha kelab, Syahida binti Saad dan bendahari kelab, Nur Atiqah binti Mohd Marsidi membentangkan belanjawan kelab. Seterusnya hadirin yang hadir menonton montaj video dan kemudian  presiden baru sesi 2013/2014, Abdul Rahman bin Jusoh memberikan ucapannya. Pelantikan exco-exco baru juga diadakan untuk mengisi kekosongan dalam organisasi kelab. Mesyuarat tamat kira-kira jam 4.30 petang selepas penyampaian cenderahati kepada wakil MPP dan Penasihat Kelab. 

Cik Norhafiza menyampaikan ucapan

Presdien baru Kelab Ekuin UMT menyampaikan cenderahati kepada wakil MPP

Barisan Kepimpinan Kelab Ekuin UMT


Organisasi Kelab Ekuin Sesi 2013/2014

Majlis Tertinggi
Penasihat: En Shaiful Azahari bin Abd Manan
Presiden: Abdul Rahman bin Jusoh
Timb. Presiden: Md Edzmeer bin Mad Rashid
Setiausaha: Yusliana binti Yusof
Bendahari: Nurnabilah binti Ibrahim

Barisan Exco
Kapten: Raja Mohd Syamil Bin Raja Shahyan 
Exco Protokol: Ahmad Affan Safuan bin Ahmad Shabir 
Pengurus Pasukan: Mohamad Khairul Hafiz Bin Muhammad 
Pen. Pengurus Pasukan: Nurul atikah binti Md Rasid 
Exco Kebajikan: Nur Bazilah binti Banyak
Exco Publisiti: Farah Elea bt. Esmon 
Exco Perhubungan Korporat: Tang Po Lin