Gerai Kelab Ekuin UMT

Sempena Karnival ICT anjuran Persatuan Kaunseling UMT pada 16-20 Mac 2014, Kelab Ekuin UMT telah membuka gerai jualan Coklat yang diadakan di dataran B1 Kompleks Kediaman Sheikh Abdul Malik. Pelbagai jenis produk coklat seperti Moist cake, Compound nugget chocolate dan durian crepe dijual di gerai Kelab Ekuin UMT yang dijaga bersama oleh ahli kelab. Sebahagian keuntungan jualan coklat akan digunakan untuk mengadakan program kelab akan datang iaitu Bakti Siswa Terapi Berkuda untuk Orang Kurang Upaya.



Lawatan Sambil Belajar dan Terapi Berkuda


Pada 28 Februari 2014 Kelab Ekuin UMT telah mengadakan Lawatan Sambil Belajar dan Terapi Berkuda di Terengganu Equestrian Resort (TER). Objektif lawatan ini ialah untuk menimba ilmu dan pengalaman terhadap terapi berkuda untuk orang kurang upaya. Seramai 50 peserta, wakil mpp dan pegawai pengiring menyertai program ini. Rombongan Kelab Ekuin UMT menaiki bas dari dataran Kompleks Sukan UMT pada pukul 8 pagi dan tiba di Terengganu Equestrian Resort kira-kira pukul 8.45 pagi. Program bermula dengan taklimat terapi berkuda untuk oku yang disampaikan oleh wakil TER iaitu En Halim bin Hassan.
Menurut beliau, terapi berkuda banyak memberi manfaat dalam menyembuhkan berbagi penyakit seperti mental, emosi, fizikal, bahasa, autism, sindrom down dan lain-lain. Selain itu, aktiviti terapi berkuda dapat menanam keyakinan dan keberanian dalam diri seseorang. Selepas peserta sarapan pagi yang telah disediakan, peserta dapat melihat demo terapi berkuda yang dilakukan oleh orang kurang upaya. Kemudian, peserta berpeluang melakukan terapi berkuda bersama orang kurang upaya bagi merasai sendiri pengalaman yang berharga tersebut. Selepas selesai demo terapi berkuda untuk OKU, peserta dapat menunggang kuda di sekitar arena TER secara bergilir-gilir dengan kuda yang disediakan. Program ini berakhir pada pukul 12 tengah hari selepas sesi bergambar dan penyempaian cenderahati daripada Kelab Ekuin UMT kepada Terengganu Equestrian Resort.


Ahli Kelab Ekuin UMT mendengar talimat terapi berkuda untuk OKU

Cg Zuki (tengah) berbincang dengan En Halim sebelum taklimat bermula

Demo Terapi Berkuda untuk OKU

Ahli Kelab Ekuin melakukan terapi berkuda bersama OKU

Ahli Kelab Ekuin berpeluang menunggang kuda

Presiden Kelab Ekuin UMT menyampaikan cenderahati kepada wakil TER En Rizwan,