Latihan Berkuda 3

       Cuaca pagi yang mendung dan hujan di UMT. Latihan berkuda III Kelab Ekuin telah diadakan pada hari Jumaat 8 November 2013. Latihan kali ni berjalan di sesi petang sahaja. Sesi bermula pada ja, 3petang. Dimulakan dengan cara penjagaan kuda iaitu taklimat mencuci kaki kuda. Kemudian taklimat keselamatan. Taklimat pemasangan pada kuda, ahli kelab ekuin sendiri telah menguruskan pemasangan kuda pada hari tersebut. Aktiviti diakhiri dengan riding, Jam 7petang.


 



Perasmian Hippoterapi RDA Terengganu



Kelab Ekuin UMT telah menyertai Perasmian Riding for Disable Association (RDA) cawangan Terengganu yang diadakan pada 6 November 2013 di Terengganu Equestrian Resort (TER). RDA menyediakan rawatan terapi berkuda untuk golongan orang kurang upaya (OKU) yang bertemakan "Kerana Kamu Adalah Istimewa". 

Program ini disertai oleh sekolah kebangsaan pendidikan khas, sekolah menengah pendidikan khas dan pusat pemulihan dalam komuniti di seluruh negeri Terengganu dan telah dirasmikan oleh Menteri Besar Negeri Terengganu. Hippoterapi merupakan satu bentuk terapi yang menggunakan pergerakan haiwan khususnya kuda bagi menjalankan terapi pada kanak-kanak dan dewasa istimewa (OKU) yang mengalami masalah kecacatan diri. Golongan OKU dilatih menunggang kuda untuk memberi pendedahan dan peluang agar mereka dapat meningkatkan kayakinan diri sekaligus membantu memulihkan kecacatan anggota yang mereka alami.

RDA Terengganu merupakan cawangan ke10 yang diwujudkan di negara ini yang dikendalikan jurulatih bertauliah dan menempatkan 8 kuda untuk membantu golongan OKU mendapat terapi berkuda secara percuma. Peserta program ini dapat melihat persembahan daripada kanak-kanak OKU menunggang kuda dalam pelbagai aksi yang menghiburkan. Walaupun mengalami kecacatan fizikal, mereka berjaya menunggang kuda dengan baik seperti orang normal. Demo terapi berkuda untuk OKU sebagai proses pemulihan anggota dikendalikan oleh RDA juga
ditunjukkan kepada peserta .

T-Shirt Kelab Ekuin UMT


Pada 05/11/2013 T-Shirt Kelab Ekuin UMT telah siap dan diedarkan kepada ahli kelab. Ahli Kelab Ekuin UMT akan memakai tshirt ini semasa menyertai aktiviti-aktiviti yang dijalankan kelab Ekuin UMT.