BBQ



          Kelab Ekuin UMT telah mengadakan BBQ pada 22 Mac 2013 lalu di Pantai Tok Jembal. BBQ ini adalah aktiviti pertama kelab untuk semester ini dan bertujuan mengumpulkan ahli-ahli kelab Ekuin serta sebagai penghargaan kepada ahli-ahli Kelab Ekuin atas komitmen dan sumbangan mereka kepada kelab. Menu pilihan pada hari tersebut ialah bihun goreng, ayam bakar, sosej, daging, koslow, tembikai dan air limau. BBQ bermula pada pukul 5 hingga 7 petang berhampiran stable Cg Zuki. Insyaallah aktiviti berkuda akan bermula minggu hadapan.....