Health and safety first

        Musim tengkujuh sudah tiba. Di pantai timur, diramalkan tiap-tiap hari hujan dan ada tempat yang telah dilanda banjir. Tak terkecuali UMT juga dinaiki air di beberapa kawasan rendah. Laluan masuk utama UMT, jalan sebelah hostel, dan jalan sebelah PKU cepat naik air apabila hujan berterusan beberapa hari. So student yang duk asrama xleh kuar selagi jalan masih ditenggelami air dan ditutup untuk semua kenderaan.

Laluan sebelah PKU. Ditenggelami air sehingga paras pinggang



Semua pelajar dinasihatkan menjaga keselamatan dan kesihatan semasa musim tengkujuh ini. Maklumlah di musim hujan ni, kejadian tidak diingini boleh berlaku dan mudah terkena penyakit seperti demam, selsema, dan cirit-birit. Kalau sakit cepat-cepat gi PKU dan makan ubat. Badan sihat otak pun cerdas. Barulah semangat dan cergas nak study kan. 

Good Luck for your final exam. Health and safety first. 



Final Exam


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera..



      Shut up not shut up kita dah hampir ke penghujung semester. Rasanya baru sekejap  sem ni bermula dan kini semua kelas atau kuliah telah pun tamat . Sekarang study week selama seminggu dan musim hujan pun dah tiba. Apa yang korang buat ek? Mungkin ada yang tebus tido sepuas-puasnya  setelah berpulun menyiapkan assignment atau projek sehingga perlu berjaga lewat malam. Mungkin juga ada yang release tension dulu sebelum study untuk final exam dan mungkin ada yang balik kampung bertemu family  untuk hilangkan rindu dan ambil berkat dari parents.

Tips-tips study yang efektif untuk menghadapi final exam nanti:-



Jaga diri, kesihatan, keselamatan dan emosi sepanjang study week ini dan buat persiapan yang terbaik untuk menghadapi final exam nanti.  Jgn lupa solat hajat dan mohon kepada Allah SWT untuk kejayaan dan beroleh keberkatan.

Gudluck kepada semua dan all the best untuk final exam. 
Dari Kelab Ekuin UMT.  Peace Yo!

How to Trot Your Horse

Assalamualaikum dan apa khabar semua. 

Rasanya dah lama tak riding kuda kat Pantai Tok Jembal kan. Mungkin kita dah jadi kekok dan tak biasa untuk riding lagi. Dh tak boleh nak trot kuda atau berlari-lari anak. Bagi yang first time belajar riding kuda mesti pernah dilambung-lambung kuda. Thats why kita rasa macam nak jatuh. Untuk mendapat rentak kuda perlukan teknik dan latihan. Teknik rising ialah bangun dan duduk ikut rentak larian kuda. Kita perlu pandai bajet timing untuk bangun dan duduk. kalau terduduk time kuda tengah melonjak.. sakit ooo.. 
Kat sini ada beberapa video bagaimana untuk melakukan trot ketika riding. Check this out >


How to sit on your horse before trotting or jogging


How to Stop, move backward from a Jog on a Horse 


How to Walk a Horse with Two Hands Before Trotting or Jogging


How to Do a Posting Trot on a Horse


Thank You.. 

Kenali Kuda

      
     Mungkin ramai ahli-ahli kelab Ekuin rindu untuk menunggang kuda. Walaubagaimanpun, latihan berkuda tidak dijalankan kerana cuaca yang tidak menentu dan kesempitan masa. Seperti biasa pada penghujung semester, ramai yang sibuk dengan test, assignment serta projek. Mari kita tambah pengetahuan dan lihat sedikit info-info dari buku penjagaan kuda yang dibeli semasa pendaftaran kelab Ekuin.   

Bahagian-bahagian kuda

Tanda-tanda pada kuda

Warna kuda

Sumber: Buku Penjagaan Kuda

 

Majlis Konvokesyen UMT Ke-10


       Marilah kita mengambil semangat konvokesyen daripada senior-senior yang bergraduat sebagai motivasi kepada kita untuk meneruskan pelajaran di UMT dan mendapat keputusan yang cemerlang. Melihat senior-senior memakai jubah dan menggenggam segulung ijazah menjadi inspirasi kepada kita untuk menjejaki langkah mereka pada satu hari nanti. Teruskan perjuangan menimba ilmu dengan bersungguh-sungguh dan kuatkan semangat menempuh cabaran sepanjang di menara gading. Pelajaran didahulukan, pencapaian diutamakan. 


Sempena Majlis Konvokesyen ke10, Fatin Nasuha (Exco Multimedia Kelab Ekuin) membuat hamper kek istimewa sebagai cenderahati atau hadiah. Kepada sesiapa yang ingin menempah dan mendapatkan hamper Chocolate d' Amour ini boleh berhubung dengan Atin atau di Pesta Konvo di gerai Mr5 Sohor. 


P/S: Minggu ini tiada latihan berkuda 

Salam Maal Hijrah 1434/ 1 Muharram


Bismillahirrohmanirrohim.




Kelab Ekuin UMT mengucapkan Selamat menyambut Maal Hijrah tahun baru Masihi (1434) 

Apakah azam kita pada tahun baru ini? Marilah kita muhasabah diri dan teruskan perjalanan hidup dengan memperbaiki diri dan ajaklah orang lain sama-sama memperbaiki diri mereka kearah menjadi insan yang cemerlang dan diredhai oleh Allah SWT. Semalam adalah sejarah, hari ini adalah realiti, Esk adalah impian dan perjuangan. Semoga hari ini lebih baik dari semalam, esok lebih baik dari hari ini. 


Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:
"Barangsiapa yang amalannya hari  ini lebih baik dari semalam,
dia adalah orang yang beruntung.
Barangsiapa yang amalannya hari ini sama dengan yang semalam,
dia adalah orang yang rugi.
Dan barangsiapa yang amalannya hari ini lebih buruk dari hari semalam,
dia tergolong orang yang dilaknat Allah S.W.T."

Akhir kata dari saya, Muhasabah Diri sebelum tidur dan memaafkan semua orang. Salam Maal Hijrah

Selamat Bercuti




Cuti pertengahan semester telah tiba. Semua dh xsbr pulang ke kampung kan. Dalam perjalanan tu nyanyi la lgu ni. 


Perjalanan jauh tak ku rasa
Kerna hati ku melonjak sama

Ingin berjumpa sanak saudara

Yang selalu bermain di mata



Sambung sendiri la ye.. jumpa lagi.. 




Selamat Bercuti dan balik kampung... Take Care..






Latihan Berkuda Minggu Ini Dibatalkan

Latihan berkuda pada minggu ini dibatalkan kerana musim hujan dan cuaca tidak menentu. Pada minggu ini juga ramai ahli kelab yang menduduki ujian. Latihan akan diteruskan pada minggu hadapan jika keadaan mengizinkan. Ahli-ahli kelab boleh mendapatkan info dari semasa ke semasa melalui FB Kelab Ekuin UMT.



Selamat Hari Raya Aidiladha dan Selamat Bercuti


Indah langit kerana awan, Indah laut kerana kebiruan, 
Indah aidilfitri kerana kemaafan, Indah aidiladha kerana pengorbanan... :)

**salam aidiladha dr Kelab Ekuin UMT**

Lawatan ke TIEP



         Pada 20 Oktober 2012, Kelab Ekuin UMT telah mengadakan lawatan ke Terengganu International Endurance Park (TIEP) sempena Sultan Mizan Cup 2012. TIEP terletak di Lembah Bidong Setiu kira-kira 40km dari Kuala Terengganu. Ahli kelab Ekuin yang menyertai lawatan ini ialah sebanyak 18orang. Peserta lawatan berkumpul di dataran kompleks sukan pada pukul 7.30 pagi dan bas bertolak ke TIEP pada pukul 8pagi. Cuaca pada hari itu sangat baik walaupun diramalkan hujan lebat selama seminggu berturut-turut menandakan musim tengkujuh telah tiba tidak mematahkan semangat ahli kelab yang menyertai lawatan ini. Namun cuaca pada hari tersebut amat baik sekali. Rombongan lawatan tiba di TIEP kira-kira 8.45pagi. Cg Zuki yang telah berada di sana menanti ketibaan rombongan kami dan selepas itu Cg Zuki memberi taklimat mengenai acara kejohanan kuda lasak. Peserta lawatan bersarapan bersama menikmati nasi goreng dan air teh 'o' yang telah disediakan sebelum melawat tempat di sekitar TIEP. Acara-acara yang diadakan semasa Sultan Mizan Cup ialah Speed Race, Barrel Race, Flag Race, Treasure Hunt, Kuda Cantik, Jumping dan Dressage.  





Kejohanan Kuda lasak Sultan Mizan Cup dianjurkan kerajaan negeri Terengganu dengan kerjasama Royal Terengganu Endurance Stable (RTES) selama tiga hari. Seramai 52 peserta menyertai kejohanan ini. Selain peserta tempatan, kejohanan ini disertai peserta dari beberapa negara luar termasuk Thailand, Indonesia dan Myanmar . 



Pintu gerbang Terengganu International Endurance Park

Cg Zuki memberi taklimat dan penerangan mengenai acara Sultan Mizan Cup

Peserta lawatan menikmati sarapan pagi sebelum melawat sekitar TIEP


PRE VET INSPECTION

Acara-acara yang diadakan semasa Sultan Mizan Cup ialah Speed Race, Barrel Race, Flag Race, Treasure Hunt, Kuda Cantik, Jumping dan Dressage.


Sesi weighing.  Cg Zuki sedang menimbang berat badan bersama peralatan.

Ahli Kelab Ekuin UMT bergambar bersama peserta daripada Thailand



Latihan Berkuda III

      Suasana pagi di tempat latihan berkuda yang berdekatan Pantai Tok Jembal begitu tenang dan damai sekali. Sesi latihan berkuda sesi pagi bermula pukul 8pagi seperti biasa. Sebelum latihan, Cg Zuki memberi penerangan tentang tentatif perlumbaan kuda lasak yang akan diadakan selama 3hari di TIEP pada  minggu hadapan. Kelab Ekuin UMT akan mengadakan lawatan ke Terengganu International Endurance Park (TIEP) pada 20/10/2012 ini. Cg Zuki mempelawa kelab kita untuk sama-sama terlibat dalam pertandingan Kuda Cantik. Semasa sesi latihan berkuda, Cg Zuki tegas menegur ahli-ahli kelab yang melakukan kesilapan yang sama dan mengabaikan aspek keselamatan. Ahli-ahli kelab bergilir-gilir menunggang kuda dan memperbaiki teknik masing2 semasa menunggang kuda. Sesi latihan berkuda tamat kira-kira 11pagi.

Izah dan Cg Zuki memantau ahli-ahli kelab ketika latihan berkuda

Raje Syah menunjukkan kemahirannya menunggang kuda

Zulshaffikka gigih berlatih bersama kudanya

Lagak Zorro oleh Cg Zuki 

Ahli-ahli kelab berehat selepas selesai latihan berkuda




Latihan Berkuda II

Assalamualaikum..

           Sesi latihan berkuda semalam telah diadakan seperti biasa. Satu sesi pagi dan satu sesi petang. Tapi ahli-ahli kelab perlu hadir ke perjumpaan pada hari khamis (malam) untuk mendaftar nama samaada untuk join sesi pagi atau sesi petang. Pembayaran latihan berkuda dibuat pada malam itu juga supaya latihan berkuda pada keesokan hari berjalan lancar dan menjimatkan masa. Presiden kelab, Fikri tidak dapat menyertai latihan berkuda pada minggu kedua ini kerana demam. Seperti biasa bas UMT akan membawa ahli-ahli kelab  ke tempat latihan kuda di Pantai Tok Jembal. Hanya bas kecil yang digunakan semalam kerana jumlah ahli kelab untuk setiap sesi tidak melebihi 25orang. Cg Zuki membahagikan ahli kelab kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama untuk ahli kelab yang sudah boleh mengendalikan kuda dan kumpulan kedua untuk ahli kelab yang belum pandai mengendalikan kuda dan tidak datang pada minggu pertama. Semua ahli-ahli kelab kelihatan gembira dan teruja untuk mendekati kuda. Ada ahli kelab yang jatuh semasa hendak turun daripada kuda tetapi tiada kecederaan dialami. Ahli-ahli kelab diingatkan supaya mematuhi arahan cikgu dan mengutamakan aspek-aspek keselamatan semasa berada di tempat latihan.


Ahli-ahli kelab menunggu giliran untuk menunggang kuda

Aruan sedang membaca buku penjagaan kuda

Izzah dan Didi berkongsi pengalaman dengan ahli-ahli baru.

Nurul Izzah bte Marzilaini -Timbalan Presiden 1-

Haziq sudah boleh mengendalikan kuda dengan baik.

Cg Zuki menunjukkan teknik-teknik duduk diatas saddle dengan betul.

>> Klik untuk melihat gambar-gambar latihan berkuda minggu kedua

Pengalaman pertama


        "Oppa Gangnam Style time". Kita bukan nak menari tetapi nk belajar menunggang kuda. Mungkin ini pengalaman pertama ahli-ahli baru menunggang kuda. Sesi latihan berkuda yang pertama telah diadakan semalam di Pantai Tok Jembal. Sesi latihan berkuda ini dibahagikan kepada 2sesi iaitu sesi pertama pada sebelah pagi dan sesi kedua pada sebelah petang. Ahli-ahli kelab dikehendaki mendaftar diri di kompleks sukan sebelum bergerak ke Pantai Tok Jembal dengan menaiki bas yang disediakan. Latihan berkuda sesi pagi bermula pukul 8pagi hingga 10pagi manakala sesi petang bermula pukul 5petang hingga 7petang. Ahli-ahli kelab baru yang kali pertama menyertai latihan berkuda ini begitu excited dan xsabo2 untuk menunggang kuda. Ada yang takut dan malu-malu dan ada yang  cepat belajar dan mendapat pujian daripada cikgu. Perasaan gementar dan takut adalah normal apabila pertama kali mendekati kuda. Namun perasaan tersebut akan bertukar seronok apabila kita selesa dan pandai mengendalikan kuda. Aspek keselamatan mestilah diutamakan kerana kuda mudah terkejut, lari dan akan menjatuhkan orang yang menunggangnya. Bagaimanapun jatuh daripada kuda adalah perkara biasa bagi kebanyakan penunggang.

 Ahli-ahli kelab tiba di Pantai Tok Jembal

Cg Zuki memberi tunjuk ajar kepada peserta 


Izzah menunjukkan teknik memegang reins dengan betul

Mus melakukan trot 


Ahli-ahli baru mengambil buku nota Kemahiran Asas Dalam Penjagaan Kuda

Presiden Kelab Ekuin menunjukkan skil menunggang kuda



 < Klik untuk melihat gambar-gambar latihan berkuda minggu pertama






Perjumpaan pertama bersama ahli baru Kelab Ekuin UMT Sesi 2012/2013

     Satu perjumpaan bersama dengan ahli baru Kelab Ekuin UMT telah diadakan pada hari ahad (semalam) bertempat di perkarangan parking B1. Presiden kelab memperkenalkan Ahli Majlis Tertinggi dan Exco kepada ahli-ahli baru. Ahli-ahli kelab dikehendaki menjelaskan yuran pendaftaran yang telah ditetapkan sebanyak RM10 kepada bendahari. Aktiviti-aktiviti terdekat yang akan dilaksanakan bagi sesi 2012/2013 ialah seperti BBQ dan lawatan ke TIEP. Aktiviti berkuda di Pantai Tok Jembal akan diadakan pada setiap hari jumaat dan akan bermula pada 28/09/2011 ini. Terdapat 2 sesi untuk aktiviti berkuda iaitu pada pukul 8 pagi hingga 10 pagi dan 5 petang hingga 7 petang. Ahli-ahli kelab boleh memilih satu sesi aktiviti berkuda pada hari tersebut. Bayaran untuk aktiviti berkuda ialah sebanyak RM4 untuk satu sesi dan bayaran tambahan RM1 untuk pengangkutan ke Pantai Tok Jembal. Ahli-ahli kelab diingatkan supaya memberi komitmen dan menghadirkan diri pada perjumpaan yang diadakan dan menghadiri aktiviti berkuda. Ekuin didahulukan, pencapaian diutamakan... Sekian

Mesyuarat Pertama Sesi 2012/2013

         Semalam telah diadakan mesyuarat pertama Kelab Ekuin UMT bertempat di teflon Kolej Kediaman pada pukul 9malam. Mesyuarat ini dihadiri Majlis Tertinggi dan Exco dan telah membincangkan beberapa perkara seperti pendaftaran ahli baru sesi 2012/2013, aktiviti dan program sesi 2012/2013 dan t-shirt kelab. Pendaftaran ahli baru akan dilakukan secara online selama seminggu bermula 16/09/2012 - 21/09/2012 dimana pelajar perlu join group Kelab Ekuin UMT dan pm nama dan UK no. Ahli baru perlu menjelaskan yuran kelab RM10 pada perjumpaan pertama dan ahli lama hanya perlu renew pendaftaran mereka. Antara aktiviti dan program sesi 2012/2013 yang telah dirancang ialah Horse rider camp, lawatan ke TIEP, aktiviti khidmat masyarakat, Pony Race, Family Day & BBQ, Sehari bersama Ekuin dan Pesta Konvo.

Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Ekuin UMT Sesi 2011/2012

            Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Ekuin UMT Sesi 2011/2012 telah diadakan pada 18 May 2012 bertempat di Bilik Gerakan HEPA. Mesyuarat dimulakan pada pukul 8.30 pagi selepas ketibaan wakil Majlis Perwakilan Pelajar UMT, saudara Mohd Aniq Azri bin Zailan dan penasihat Kelab Ekuin UMT, En Shaiful Azahari bin Abd Manan serta ahli-ahli kelab. Muhamad Rais megetuai bacaan doa dan seterusnya presiden kelab, Tengku Muhamad Khairul Fikri memberikan ucapan pendahuluan. Selepas itu, penasihat kelab dijemput memberikan ucapan dan seterusnya membubarkan exco Kelab Ekuin Sesi 2011/2012. Dalam ucapannya, beliau merakamkan penghargaan kepada barisan kepimpinan kelab kerana memberikan komitmen demi pencapaian kelab dan memastikan aktiviti kelab berjalan lancar. Beliau juga memberikan nasihat supaya barisan kepimpinan dan ahli-ahli kelab bekerjasama dan menyertai aktiviti yang dijalankan serta tidak mengabaikan pelajaran. Harapannya adalah untuk melihat pencapaian Kelab Ekuin UMT meningkat dan menjadi kelab terbaik di masa akan datang. Aktiviti sepanjang sesi 2011/2012  dibentangkan oleh setiausaha kelab, Fatin Nasuha dan seterusnya Bendahari, Ahmad Sahlan membentagkan belanjawan kelab. Seterusnya presiden kelab memperkenalkan Majlis Tertinggi dan exco kelab yang baru serta membentangkan taqwim aktiviti kelab untuk sesi 2012/2013. Mesyuarat tamat kira-kira pukul 11.30 pagi selepas presiden kelab memeberikan cenderahati kepada wakil Majlis Perwakilan Pelajar dan Penasihat Kelab. 


Written by > Erman 

  Penasihat Kelab Ekuin UMT

MT dan Exco Kelab Ekuin 2012/2013

Dari kanan Timb. Presiden , Exco Perancangan  dan Exco Multimedia .

Penyampaian cenderahati kepada Penasihat Kelab Ekuin UMT.

Selamat Bercuti

Naik perahu ke Pulau Sekati,,
ptg2 cari umpan,
Syoknya ble dh cuti,
Jumpa lagi sem depan