Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Ekuin UMT Sesi 2011/2012 telah diadakan pada 18 May 2012 bertempat di Bilik Gerakan HEPA. Mesyuarat dimulakan pada pukul 8.30 pagi selepas ketibaan wakil Majlis Perwakilan Pelajar UMT, saudara Mohd Aniq Azri bin Zailan dan penasihat Kelab Ekuin UMT, En Shaiful Azahari bin Abd Manan serta ahli-ahli kelab. Muhamad Rais megetuai bacaan doa dan seterusnya presiden kelab, Tengku Muhamad Khairul Fikri memberikan ucapan pendahuluan. Selepas itu, penasihat kelab dijemput memberikan ucapan dan seterusnya membubarkan exco Kelab Ekuin Sesi 2011/2012. Dalam ucapannya, beliau merakamkan penghargaan kepada barisan kepimpinan kelab kerana memberikan komitmen demi pencapaian kelab dan memastikan aktiviti kelab berjalan lancar. Beliau juga memberikan nasihat supaya barisan kepimpinan dan ahli-ahli kelab bekerjasama dan menyertai aktiviti yang dijalankan serta tidak mengabaikan pelajaran. Harapannya adalah untuk melihat pencapaian Kelab Ekuin UMT meningkat dan menjadi kelab terbaik di masa akan datang. Aktiviti sepanjang sesi 2011/2012 dibentangkan oleh setiausaha kelab, Fatin Nasuha dan seterusnya Bendahari, Ahmad Sahlan membentagkan belanjawan kelab. Seterusnya presiden kelab memperkenalkan Majlis Tertinggi dan exco kelab yang baru serta membentangkan taqwim aktiviti kelab untuk sesi 2012/2013. Mesyuarat tamat kira-kira pukul 11.30 pagi selepas presiden kelab memeberikan cenderahati kepada wakil Majlis Perwakilan Pelajar dan Penasihat Kelab.
Written by > Erman
Written by > Erman
Penasihat Kelab Ekuin UMT
MT dan Exco Kelab Ekuin 2012/2013
Dari kanan Timb. Presiden , Exco Perancangan dan Exco Multimedia .
Penyampaian cenderahati kepada Penasihat Kelab Ekuin UMT.