"Oppa Gangnam Style time". Kita bukan nak menari tetapi nk belajar menunggang kuda. Mungkin ini pengalaman pertama ahli-ahli baru menunggang kuda. Sesi latihan berkuda yang pertama telah diadakan semalam di Pantai Tok Jembal. Sesi latihan berkuda ini dibahagikan kepada 2sesi iaitu sesi pertama pada sebelah pagi dan sesi kedua pada sebelah petang. Ahli-ahli kelab dikehendaki mendaftar diri di kompleks sukan sebelum bergerak ke Pantai Tok Jembal dengan menaiki bas yang disediakan. Latihan berkuda sesi pagi bermula pukul 8pagi hingga 10pagi manakala sesi petang bermula pukul 5petang hingga 7petang. Ahli-ahli kelab baru yang kali pertama menyertai latihan berkuda ini begitu excited dan xsabo2 untuk menunggang kuda. Ada yang takut dan malu-malu dan ada yang cepat belajar dan mendapat pujian daripada cikgu. Perasaan gementar dan takut adalah normal apabila pertama kali mendekati kuda. Namun perasaan tersebut akan bertukar seronok apabila kita selesa dan pandai mengendalikan kuda. Aspek keselamatan mestilah diutamakan kerana kuda mudah terkejut, lari dan akan menjatuhkan orang yang menunggangnya. Bagaimanapun jatuh daripada kuda adalah perkara biasa bagi kebanyakan penunggang.
Ahli-ahli kelab tiba di Pantai Tok Jembal
Cg Zuki memberi tunjuk ajar kepada peserta
Izzah menunjukkan teknik memegang reins dengan betul
Mus melakukan trot
Ahli-ahli baru mengambil buku nota Kemahiran Asas Dalam Penjagaan Kuda
Presiden Kelab Ekuin menunjukkan skil menunggang kuda
< Klik untuk melihat gambar-gambar latihan berkuda minggu pertama
< Klik untuk melihat gambar-gambar latihan berkuda minggu pertama