Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Ekuin UMT Sesi 2013/ 2104


Pada 17 Mei 2014, Kelab Ekuin UMT telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan bertempat di Dewan Pelajar, Kompleks Siswa. Majlis bermula pada pukul 10.00 pagi dan dihadiri oleh Penasihat Kelab Ekuin UMT, En Shaiful Azahari b. Abd Manan, Wakil MPP, saudara Muhammad Khairul Nizam, MT dan Exco Kelab Ekuin serta ahli kelab ekuin.
Md Edzmeer mengetuai bacaan doa dan seterusnya pengarah pogram menyampaikan ucapan alu-aluan. Presiden Kelab Ekuin UMT dijemput menyampaikan ucapan sebelum Penasihat Kelab Ekuin UMT membubarkan MT dan Exco Kelab Ekuin UMT sesi 2013/2014. Laporan aktiviti Kelab sepanjang sesi 2013/2014 dibentangkan oleh setiausaha, Yuliana binti Yusof manakala belanjawan kelab dibentangkan oleh bendahari, Nur Nabilah.
Selepas itu, presiden baru Kelab Ekuin UMT dijemput untuk menyampaikan ucapannya dan memperkenalkan barisan MT dan Exco Kelab Ekuin UMT sesi 2014/2015. Pelantikan MT dan Exco yang baru dibuat secara undian semasa Mesyurat MT dan Exco yang telah diadakan pada 8 Mei 2014 yang lalu. Penyampaian sijil telah disempurnakan oleh penasihat Kelab Ekuin UMT kepada MT dan Exco dan seterusnya montaj video dipertontonkan untuk tatapan hadirin yang hadir. Majlis tamat pada pukul 1 tengah hari dan hadirin dijemput menikmati jamuan yang disediakan.

MT dan Exco baru Kelab Ekuin UMT sesi 2014/2015

En Shaiful menyampaikan sijil kepada Exco Korporat Perhubungan Korporat, Tang Po Lin

En Shaiful menyampaikan sijil kepada Timbalan Presiden Kelab Ekuin UMT, Md Edzmeer b. Md Rashid


Mt dan Exco Kelab Ekuin UMT bergambar bersama Penasihat Kelab Ekuin dan wakil MPP

Bakti Siswa Terapi Berkuda Untuk Orang Kurang Upaya

Pada 19 April 2014, Kelab Ekuin UMT telah mengadakan Program Bakti Siswa Terapi Berkuda Untuk Orang Kurang Upaya bertempat di Terengganu Equestrian Resort . Program ini mendapat kerjasama Kelab Pengurusan Kaunseling UMT (PEKA) dan Persatuan Pembangunan Orang Kurang Upaya Anggota Terengganu (POKUAT). Objektif program ini adalah untuk memberi peluang dan membantu orang kurang upaya menjalankan aktiviti terapi berkuda sebagai proses pemulihan kecacatan yang mereka alami. Terapi berkuda merupakan sukan ataupun latihan fisioterapi yang bagus untuk golongan orang kurang upaya. Ini kerana setiap manusia perlu membuat pergerakan badan bagi membetulkan organ dalaman yang bermasalah. Keistimewaan kuda yang mempunyai lengkok pada belakang badannya itu berkesan dalam membantu memperbaiki pertumbuhan otot serta saraf secara semulajadi. Kuda merupakan haiwan cerdik yang tahu siapa penunggangnya. Jadi secara tidak langsung,  ia memudahkan lagi proses terapi dijalankan memandangkan kuda memiliki daya sensitiviti yang lebih terhadap golongan tersebut. Bagi setiap 10 minit terapi kira-kira 1000 otot penunggang dapat digerakkan. Penunggang disuruh membelai kuda tersebut sebelum terapi bermula bagi mewujudkan hubungan unik antara kuda dang penunggang yang menimbulkan perasaan percaya dan memastikan kuda tersebut kenal akan orang yang menunggangnya sekaligus mengelakkan kuda berasa terancam.

Seramai 17 ahli Kelab Ekuin UMT dan  11 orang kurang upaya dari sekitar Kuala Terengganu yang berdaftar dengan POKUAT menyertai program ini dan dibantu oleh pengajar RDA Terengganu Equestrian Resort. Program ini bermula pada pukul 9 pagi dengan taklimat terapi berkuda untuk orang kurang upaya dan keselamatan oleh pengajar RDA TER iaitu En Halim dan En Rizwan supaya proses terapi berkuda berjalan dengan lancar. Selepas selesai taklimat terapi berkuda, orang kurang upaya yang hadir menjalankan aktiviti berkuda dengan dibantu oleh ahli Kelab Ekuin UMT. Setiap orang kurang upaya dibantu oleh tiga ahli kelab ekuin UMT secara bergilir-gilir melakukan terapi berkuda mengelilingi arena TER dengan pengawasan pengajar RDA Terengganu Equestrian Resort.

Semasa sesi terapi berkuda dijalankan, orang kurang upaya akan diiringi sekurang-kurangnya empat orang pembantu yang yang mempunyai peranan masing-masing. Jurulatih akan berada ditengah-tengah kandang dan berperanan untuk memberi arahan sepanjang proses terapi manakala ketua yang berada dibahagian kepala kuda bertugas mengawal pergerakan kuda menggunakan tali. Sementara itu, dua orang pembantu yang berada di kedudukan kiri dan kanan kuda pula ditugaskan menjaga keseimbangan orang kurang upaya selain memastikan mereka mereka mengikut arahan.

Terapi berkuda untuk  orang kurang upaya selesai kira-kira pada pukul 11 pagi dan semua peserta berehat dan menikmati makan pagi yang telah disediakan. Aktiviti seterusnya ialah horse riding yang dilakukan oleh setiap ahli kelab Ekuin UMT secara bergilir-gilir selepas semua peserta selesai makan pagi kira-kira pukul 11.30 pagi. Dalam terapi berkuda, aspek keselamatan dititikberatkan. Setiap penunggang wajib memakai topi keselamatan yang disediakan. Ahli Kelab Ekuin UMT berpeluang mempelajari teknik menunggang kuda yang betul dan aktiviti sememangnya bermanfaat untuk penunggang dan orang kurang upaya. Program ini tamat kira-kira pukul 1 tengah hari selepas penyampaian cenderahati kepada wakil Terengganu Equestrian Resort (TER) dan Persatuan Orang Kurang Upaya Anggota Terengganu (POKUAT).

Peserta orang kurang upaya dibantu untuk menjalani aktiviti terapi berkuda

Aktiviti horse riding 

Sesi Kaunseling dan temuramah peserta terapi berkuda

Pengarah pogram Terapi berkuda untuk orang kurang upaya menyampaikan cenderahati kepada wakil Terengganu Equestrian Resort

Presiden Kelab Ekuin UMT meyampaikan cenderahati kepada Presiden POKUAT, En Fakhruddin bin Zakaria.

Gerai Kelab Ekuin UMT

Sempena Karnival ICT anjuran Persatuan Kaunseling UMT pada 16-20 Mac 2014, Kelab Ekuin UMT telah membuka gerai jualan Coklat yang diadakan di dataran B1 Kompleks Kediaman Sheikh Abdul Malik. Pelbagai jenis produk coklat seperti Moist cake, Compound nugget chocolate dan durian crepe dijual di gerai Kelab Ekuin UMT yang dijaga bersama oleh ahli kelab. Sebahagian keuntungan jualan coklat akan digunakan untuk mengadakan program kelab akan datang iaitu Bakti Siswa Terapi Berkuda untuk Orang Kurang Upaya.



Lawatan Sambil Belajar dan Terapi Berkuda


Pada 28 Februari 2014 Kelab Ekuin UMT telah mengadakan Lawatan Sambil Belajar dan Terapi Berkuda di Terengganu Equestrian Resort (TER). Objektif lawatan ini ialah untuk menimba ilmu dan pengalaman terhadap terapi berkuda untuk orang kurang upaya. Seramai 50 peserta, wakil mpp dan pegawai pengiring menyertai program ini. Rombongan Kelab Ekuin UMT menaiki bas dari dataran Kompleks Sukan UMT pada pukul 8 pagi dan tiba di Terengganu Equestrian Resort kira-kira pukul 8.45 pagi. Program bermula dengan taklimat terapi berkuda untuk oku yang disampaikan oleh wakil TER iaitu En Halim bin Hassan.
Menurut beliau, terapi berkuda banyak memberi manfaat dalam menyembuhkan berbagi penyakit seperti mental, emosi, fizikal, bahasa, autism, sindrom down dan lain-lain. Selain itu, aktiviti terapi berkuda dapat menanam keyakinan dan keberanian dalam diri seseorang. Selepas peserta sarapan pagi yang telah disediakan, peserta dapat melihat demo terapi berkuda yang dilakukan oleh orang kurang upaya. Kemudian, peserta berpeluang melakukan terapi berkuda bersama orang kurang upaya bagi merasai sendiri pengalaman yang berharga tersebut. Selepas selesai demo terapi berkuda untuk OKU, peserta dapat menunggang kuda di sekitar arena TER secara bergilir-gilir dengan kuda yang disediakan. Program ini berakhir pada pukul 12 tengah hari selepas sesi bergambar dan penyempaian cenderahati daripada Kelab Ekuin UMT kepada Terengganu Equestrian Resort.


Ahli Kelab Ekuin UMT mendengar talimat terapi berkuda untuk OKU

Cg Zuki (tengah) berbincang dengan En Halim sebelum taklimat bermula

Demo Terapi Berkuda untuk OKU

Ahli Kelab Ekuin melakukan terapi berkuda bersama OKU

Ahli Kelab Ekuin berpeluang menunggang kuda

Presiden Kelab Ekuin UMT menyampaikan cenderahati kepada wakil TER En Rizwan, 





Pony Race



Pada 14 Disember 2013 Kelab Ekuin UMT dengan kerjasama dengan Kelab Equestrian UniSZA dan An-Nassir Endurance Team telah menganjurkan Pony Race bertempat di Pantai Tok Jembal. Program ini merupakan kali pertama Kelab Ekuin UMT menganjurkan kejohanan lumba kuda terbuka yang disertai oleh beberapa peserta dari kelab-kelab ekuin di sekitar Kuala Terengganu.
Pony race terbahagi kepada dua acara iaitu endurance dan sprint. Bagi acara endurance, peserta perlu menunggang kuda melalui track kira-kira 7km yang telah disediakan sepanjang pantai dan perlu melepasi halangan-halangan yang ada. Manakala acara sprint, kuda yang terpantas menamatkan 200meter perlumbaan adalah pemenang. Seramai 38 pelajar UMT menyertai program ini untuk menyaksikan perlumbaan kuda dengan lebih dekat. Terdapat juga pelbagai aktiviti menarik yang diadakan seperti kuiz, horse riding, pertandingan kuda cantik, pony sprint race, pertandingan pemasangan saddle dan head collar, fotografi dan sukaneka.
Program ini bermula pada pukul 8pagi yang turut disertai oleh penduduk Kg Tok Jembal dan pelajar UniSZA serta dirasmikan oleh Pengerusi JKKK Tok Jembal. Keadaan cuaca yang tidak menentu dan hujan lebat sejak awal pagi tidak mematahkan semangat semua jawatankuasa program untuk memastikan Pony Race pada hari tersebut berjaya dan berjalan dengan lancar.


AJK Program Pony Race 2013

Antara gambar-gambar semasa Pony Race 2013

Presiden Kelab Ekuin UMT memberikan taklimat sebelum acara Pony Race bermula

Peserta menyertai Horse Riding

Peserta membersihkan kuda selepas selesai perlumbaan kuda


Ajk Pony Race 2013

Pengarah program menyampaikan cenderahati hati kepada Pengerusi JKKK Tok Jembal

Pengarah program menyampaikan cenderahati kepada Cg Zuki, 

Pemenang Pony Race menerima hadiah kemenangan


Pemenang Kuiz memerima hadiah daripada Pengerusi JKKK Tok Jembal

Peserta menghantar jawapan kuiz kepada AJK

Pemenang Pertandingan Pemasangan Saddle




Latihan Berkuda 3

       Cuaca pagi yang mendung dan hujan di UMT. Latihan berkuda III Kelab Ekuin telah diadakan pada hari Jumaat 8 November 2013. Latihan kali ni berjalan di sesi petang sahaja. Sesi bermula pada ja, 3petang. Dimulakan dengan cara penjagaan kuda iaitu taklimat mencuci kaki kuda. Kemudian taklimat keselamatan. Taklimat pemasangan pada kuda, ahli kelab ekuin sendiri telah menguruskan pemasangan kuda pada hari tersebut. Aktiviti diakhiri dengan riding, Jam 7petang.


 



Perasmian Hippoterapi RDA Terengganu



Kelab Ekuin UMT telah menyertai Perasmian Riding for Disable Association (RDA) cawangan Terengganu yang diadakan pada 6 November 2013 di Terengganu Equestrian Resort (TER). RDA menyediakan rawatan terapi berkuda untuk golongan orang kurang upaya (OKU) yang bertemakan "Kerana Kamu Adalah Istimewa". 

Program ini disertai oleh sekolah kebangsaan pendidikan khas, sekolah menengah pendidikan khas dan pusat pemulihan dalam komuniti di seluruh negeri Terengganu dan telah dirasmikan oleh Menteri Besar Negeri Terengganu. Hippoterapi merupakan satu bentuk terapi yang menggunakan pergerakan haiwan khususnya kuda bagi menjalankan terapi pada kanak-kanak dan dewasa istimewa (OKU) yang mengalami masalah kecacatan diri. Golongan OKU dilatih menunggang kuda untuk memberi pendedahan dan peluang agar mereka dapat meningkatkan kayakinan diri sekaligus membantu memulihkan kecacatan anggota yang mereka alami.

RDA Terengganu merupakan cawangan ke10 yang diwujudkan di negara ini yang dikendalikan jurulatih bertauliah dan menempatkan 8 kuda untuk membantu golongan OKU mendapat terapi berkuda secara percuma. Peserta program ini dapat melihat persembahan daripada kanak-kanak OKU menunggang kuda dalam pelbagai aksi yang menghiburkan. Walaupun mengalami kecacatan fizikal, mereka berjaya menunggang kuda dengan baik seperti orang normal. Demo terapi berkuda untuk OKU sebagai proses pemulihan anggota dikendalikan oleh RDA juga
ditunjukkan kepada peserta .

T-Shirt Kelab Ekuin UMT


Pada 05/11/2013 T-Shirt Kelab Ekuin UMT telah siap dan diedarkan kepada ahli kelab. Ahli Kelab Ekuin UMT akan memakai tshirt ini semasa menyertai aktiviti-aktiviti yang dijalankan kelab Ekuin UMT.   

Mesyuarat MT dan Exco Kelab Ekuin UMT



Mesyuarat Majlis Tertinggi dan Exco Kelab Ekuin UMT telah diadakan pada 23 Oktober 2013. Penasihat Kelab Ekuin UMT, En Shaiful hadir dan semua MT dan exco hadir ke mesyuarat yang bermula pada pukul 10 malam di Kompleks Sukan UMT. En shaiful memulakan mesyuarat dengan ucapan pendahuluan dan seterusnya setiap exco memperkenalkan diri masing-masing. Beberapa cadangan aktiviti sepanjang sesi 2013/2014 yang dicadang telah dibincangkan dengan lebih terperinci. Beliau memberi penerangan tentang kaedah-kaedah pelaksanaan sesuatu program yang akan dijalankan dan berharap barisan MT dan Exco Kelab bekerjasama dan memberikan komitmen dalam melaksanakan program.

 Antara program yang dicadangkan semasa mesyuarat ialah Lawatan ke Terengganu Equestrian Resort (TER), Seminar keselamatan dan penjagaan kuda, Pertandingan kuda pony,dan Lawatan ke Pusat Ekuin UTM/ UPM.