Annual Grand Meeting (AGM) dan Pemilihan exco baru Kelab Ekuin UMT telah diadakan pada 2 Jun 2013 bertempat di Dewan Pelajar, Kompleks Siswa. Majlis bermula pada pukul 2.30 petang dihadiri oleh Cik Norhaniza sbg wakil Penasihat Kelab, Muhamad Noor Talhah sebagai wakil MPP, MT dan exco serta ahli-ahli kelab Ekuin UMT. Md Edzmeer mengetuai bacaan doa pembuka majlis dan seterusnya Presiden Kelab, Tengku Muhamad Khairul Fikri memberikan ucapan pendahuluan. Cik Norhaniza memberikan ucapan seterusnya dan membubarkan MT dan exco kelab ekuin sesi 2012/2013. Dalam ucapannya dia menyampaikan pesanan Penasihat Kelab untuk melihat pencapaian kelab semakin meningkat dan berjaya pada MAKEP akan datang. Aktiviti sepanjang sesi 2012/2013 dibentangkan setiausaha kelab, Syahida binti Saad dan bendahari kelab, Nur Atiqah binti Mohd Marsidi membentangkan belanjawan kelab. Seterusnya hadirin yang hadir menonton montaj video dan kemudian presiden baru sesi 2013/2014, Abdul Rahman bin Jusoh memberikan ucapannya. Pelantikan exco-exco baru juga diadakan untuk mengisi kekosongan dalam organisasi kelab. Mesyuarat tamat kira-kira jam 4.30 petang selepas penyampaian cenderahati kepada wakil MPP dan Penasihat Kelab.
Cik Norhafiza menyampaikan ucapan
Presdien baru Kelab Ekuin UMT menyampaikan cenderahati kepada wakil MPP
Barisan Kepimpinan Kelab Ekuin UMT
Organisasi Kelab Ekuin Sesi 2013/2014
Majlis Tertinggi
Penasihat: En Shaiful Azahari bin Abd Manan
Presiden: Abdul Rahman bin Jusoh
Timb. Presiden: Md Edzmeer bin Mad Rashid
Setiausaha: Yusliana binti Yusof
Bendahari: Nurnabilah binti Ibrahim
Barisan Exco
Kapten: Raja Mohd Syamil Bin Raja Shahyan
Exco Protokol: Ahmad Affan Safuan bin Ahmad Shabir
Pengurus Pasukan: Mohamad Khairul Hafiz Bin Muhammad
Pen. Pengurus Pasukan: Nurul atikah binti Md Rasid
Exco Kebajikan: Nur Bazilah binti Banyak
Exco Publisiti: Farah Elea bt. Esmon
Exco Perhubungan Korporat: Tang Po Lin
No comments:
Post a Comment