Mesyuarat MT dan Exco Kelab Ekuin UMT



Mesyuarat Majlis Tertinggi dan Exco Kelab Ekuin UMT telah diadakan pada 23 Oktober 2013. Penasihat Kelab Ekuin UMT, En Shaiful hadir dan semua MT dan exco hadir ke mesyuarat yang bermula pada pukul 10 malam di Kompleks Sukan UMT. En shaiful memulakan mesyuarat dengan ucapan pendahuluan dan seterusnya setiap exco memperkenalkan diri masing-masing. Beberapa cadangan aktiviti sepanjang sesi 2013/2014 yang dicadang telah dibincangkan dengan lebih terperinci. Beliau memberi penerangan tentang kaedah-kaedah pelaksanaan sesuatu program yang akan dijalankan dan berharap barisan MT dan Exco Kelab bekerjasama dan memberikan komitmen dalam melaksanakan program.

 Antara program yang dicadangkan semasa mesyuarat ialah Lawatan ke Terengganu Equestrian Resort (TER), Seminar keselamatan dan penjagaan kuda, Pertandingan kuda pony,dan Lawatan ke Pusat Ekuin UTM/ UPM.

















Selamat Bercuti. (Mid Sem Break)



Selamat Bercuti dan balik kampung. Semoga selamat sampai di kampung halaman masing-masing. Aktiviti Kelab Ekuin UMT akan bersambung selepas cuti nanti. Insyaallah.

Daripada barisan MT dan Exco Kelab Ekuin UMT. 

Latihan Berkuda 2

        Latihan berkuda II Kelab Ekuin UMT telah diadakan pada hari jumaat 4 Oktober 2013. Seramai 17 ahli menyertai latihan berkuda sesi pagi dan 19 ahli pada sesi petang. Cuaca pada hari tersebut baik dan latihan berkuda dapat dijalankan walaupun hujan turun sekejap-sekejap sepanjang minggu tersebut. Seperti biasa ahli kelab Ekuin menaiki bas dari dataran Kompleks Sukan UMT menuju ke Stable Kuda di Pantai Tok Jembal. Cg Zuki meneruskan latihan berkuda seperti biasa pada jam 8pagi dan ahli baru yang belum dapat menunggang kuda pada minggu lepas diberi peluang terlebih memulakan sesi latihan.Cg Zuki memuji ahli-ahli kelab kerana dapat menunggang kuda dengan baik walaupun mereka kebanyakannya kali pertama belajar menunggang kuda. Beberapa ahli kelab mendapat perhatian Cg Zuki kerana mempamerkan tunggangan kuda yang baik dan akan diberi peluang untuk menyertai pertandingan pada masa akan datang. Sesi Petang bermula seperti biasa jam 5petang dan berakhir pada jam 7petang.

 Gambar-gambar sekitar latihan berkuda II 
    V
    V


Mahmood
 


Zorro
Tito