Latihan Berkuda 2

        Latihan berkuda II Kelab Ekuin UMT telah diadakan pada hari jumaat 4 Oktober 2013. Seramai 17 ahli menyertai latihan berkuda sesi pagi dan 19 ahli pada sesi petang. Cuaca pada hari tersebut baik dan latihan berkuda dapat dijalankan walaupun hujan turun sekejap-sekejap sepanjang minggu tersebut. Seperti biasa ahli kelab Ekuin menaiki bas dari dataran Kompleks Sukan UMT menuju ke Stable Kuda di Pantai Tok Jembal. Cg Zuki meneruskan latihan berkuda seperti biasa pada jam 8pagi dan ahli baru yang belum dapat menunggang kuda pada minggu lepas diberi peluang terlebih memulakan sesi latihan.Cg Zuki memuji ahli-ahli kelab kerana dapat menunggang kuda dengan baik walaupun mereka kebanyakannya kali pertama belajar menunggang kuda. Beberapa ahli kelab mendapat perhatian Cg Zuki kerana mempamerkan tunggangan kuda yang baik dan akan diberi peluang untuk menyertai pertandingan pada masa akan datang. Sesi Petang bermula seperti biasa jam 5petang dan berakhir pada jam 7petang.

 Gambar-gambar sekitar latihan berkuda II 
    V
    V


Mahmood
 


Zorro
Tito

No comments:

Post a Comment