Pada 20 Oktober 2012, Kelab Ekuin UMT telah mengadakan lawatan ke Terengganu International Endurance Park (TIEP) sempena Sultan Mizan Cup 2012. TIEP terletak di Lembah Bidong Setiu kira-kira 40km dari Kuala Terengganu. Ahli kelab Ekuin yang menyertai lawatan ini ialah sebanyak 18orang. Peserta lawatan berkumpul di dataran kompleks sukan pada pukul 7.30 pagi dan bas bertolak ke TIEP pada pukul 8pagi. Cuaca pada hari itu sangat baik walaupun diramalkan hujan lebat selama seminggu berturut-turut menandakan musim tengkujuh telah tiba tidak mematahkan semangat ahli kelab yang menyertai lawatan ini. Namun cuaca pada hari tersebut amat baik sekali. Rombongan lawatan tiba di TIEP kira-kira 8.45pagi. Cg Zuki yang telah berada di sana menanti ketibaan rombongan kami dan selepas itu Cg Zuki memberi taklimat mengenai acara kejohanan kuda lasak. Peserta lawatan bersarapan bersama menikmati nasi goreng dan air teh 'o' yang telah disediakan sebelum melawat tempat di sekitar TIEP. Acara-acara yang diadakan semasa Sultan Mizan Cup ialah Speed Race, Barrel Race, Flag Race, Treasure Hunt, Kuda Cantik, Jumping dan Dressage.
Kejohanan Kuda lasak Sultan Mizan Cup dianjurkan kerajaan negeri Terengganu dengan kerjasama Royal Terengganu Endurance Stable (RTES) selama tiga hari. Seramai 52 peserta menyertai kejohanan ini. Selain peserta tempatan, kejohanan ini disertai peserta dari beberapa negara luar termasuk Thailand, Indonesia dan Myanmar .
Pintu gerbang Terengganu International Endurance Park
Cg Zuki memberi taklimat dan penerangan mengenai acara Sultan Mizan Cup
Peserta lawatan menikmati sarapan pagi sebelum melawat sekitar TIEP
PRE VET INSPECTION
Acara-acara yang diadakan semasa Sultan Mizan Cup ialah Speed Race, Barrel Race, Flag Race, Treasure Hunt, Kuda Cantik, Jumping dan Dressage.
Sesi weighing. Cg Zuki sedang menimbang berat badan bersama peralatan.
Ahli Kelab Ekuin UMT bergambar bersama peserta daripada Thailand
No comments:
Post a Comment