Sesi latihan berkuda semalam telah diadakan seperti biasa. Satu sesi pagi dan satu sesi petang. Tapi ahli-ahli kelab perlu hadir ke perjumpaan pada hari khamis (malam) untuk mendaftar nama samaada untuk join sesi pagi atau sesi petang. Pembayaran latihan berkuda dibuat pada malam itu juga supaya latihan berkuda pada keesokan hari berjalan lancar dan menjimatkan masa. Presiden kelab, Fikri tidak dapat menyertai latihan berkuda pada minggu kedua ini kerana demam. Seperti biasa bas UMT akan membawa ahli-ahli kelab ke tempat latihan kuda di Pantai Tok Jembal. Hanya bas kecil yang digunakan semalam kerana jumlah ahli kelab untuk setiap sesi tidak melebihi 25orang. Cg Zuki membahagikan ahli kelab kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama untuk ahli kelab yang sudah boleh mengendalikan kuda dan kumpulan kedua untuk ahli kelab yang belum pandai mengendalikan kuda dan tidak datang pada minggu pertama. Semua ahli-ahli kelab kelihatan gembira dan teruja untuk mendekati kuda. Ada ahli kelab yang jatuh semasa hendak turun daripada kuda tetapi tiada kecederaan dialami. Ahli-ahli kelab diingatkan supaya mematuhi arahan cikgu dan mengutamakan aspek-aspek keselamatan semasa berada di tempat latihan.
Ahli-ahli kelab menunggu giliran untuk menunggang kuda
Aruan sedang membaca buku penjagaan kuda
Izzah dan Didi berkongsi pengalaman dengan ahli-ahli baru.
Haziq sudah boleh mengendalikan kuda dengan baik.
Aruan sedang membaca buku penjagaan kuda
Izzah dan Didi berkongsi pengalaman dengan ahli-ahli baru.
Nurul Izzah bte Marzilaini -Timbalan Presiden 1-
Cg Zuki menunjukkan teknik-teknik duduk diatas saddle dengan betul.
>> Klik untuk melihat gambar-gambar latihan berkuda minggu kedua
>> Klik untuk melihat gambar-gambar latihan berkuda minggu kedua
No comments:
Post a Comment